Beberapa minggu lepas kami ke York, buat kali kedua. Tak plan pun, 2 hari sebelum hari kejadian baru decide nak pergi. Tu pun jiran2 terdekat tiba2 tercetus idea nak redah pergi ke York. Kami pun dah lama tak keluar dari ncl, kali terakhir ke Cardiff sebelum puasa.

Tempat wajib pergi dan pusat pengumpulan ahli rombongan ialah Clifford Tower ni. Kali ni kami naik bas hop in and hop off utk ke tempat menarik di York tapi setakat pergi 2 tempat je kot sbb rushing nak ke parking semula utk reload. Lain kali sesapa yg nak ke York dan memandu sendiri sila la register di website yg membolehkan reload parking secara mobile. Oh ya kalo nak naik bas hop in hop off ni, sila la dapatkan tawaran yg menarik sebab ada lebih dari 1 company bas. Kami dapat harga 5 pound utk dewasa dan kanak2 free. Sapa yg anak ramai memang berbaloi sangat2 la.
Walaupun dah 2 kali ke York tapi tak cover habis pun tempat menariknya, ada lagi 70% lagi kot belum tengok lagi. York ni terkenal dgn kisah mistik, dungeon dan vikingnya. Menarik tu. Lain kali rasanya kena bermalam, kena pegi masa summer baru ok.
Kebetulan pada hari tu cuaca memang cantik, baru lepas hujan kot malamnya jadi siangnya memang cantik dan cerah. York ni kalo pergi masa autumn memang cantik (sebab tak pernah pergi masa musim lain).

Pada minggu tu juga cuti sekolah nurin yg pertama hehehehe. Mcm tak caya ye anak dah pergi sekolah dan ada rutin tetap. Bangun pagi2 kena kejut anak (kekadang anak kejut ibu), buat sarapan ringkas selalunya nurin nak air mino (milo) dan roti sapu coklat. Lepas tu ayah bising sebab selalu lambat pergi sekolah (sekolah start pukul 9) tapi pukul 9 baru masuk kereta. Lepas tu ibu pulak sound ayah...Nurin baru 3 tahun la...






